logo.png

Pusaka KUDS Sdn Bhd dengan jenamanya MyPusaka.info merupakan firma runding perancangan harta dan urus pusaka ditubuhkan pada tahun 2016 khusus untuk membantu umat Islam di seluruh Malaysia berkaitan kepentingan perancangan harta dan tadbir urus pusaka dengan kaedah yang betul dan sistematik.

Berpusat di Sendayan, MyPusaka.info kini memiliki rangkaian cawangan di seluruh Malaysia bagi memudahkan pelanggan mendapatkan perkhidmatan dan solusi pewarisan yang sesuai untuk mereka di samping menambahkan bilangan perunding-perunding bertauliah dan kaunselor urus pusaka di seluruh negara.

Perkhidmatan-perkhidmatan utama yang ditawarkan oleh MyPusaka:

  1. Khidmat perancangan harta
  2. Khidmat urus pusaka
  3. Tele-Kaunseling percuma
  4. Kaunseling pusaka kepada waris
  5. Taklimat kefahaman faraid dan kepentingan tadbir urus pusaka percuma kepada organisasi-organisasi korporat, jabatan kerajaan, sekolah, masjid, surau, persatuan dan lain-lain
  6. Khidmat nasihat rancang manfaat pusaka
  7. Khidmat latihan/ bengkel faraid dan urus pusaka

Misi utama MyPusaka.info adalah untuk menjadi pemangkin dan pencetus revolusi industri pewarisan di Malaysia dan membantu kemashalatan umat Islam di seluruh negara dengan menawarkan

perkhidmatan yang profesional, cekap dan mudah dengan  menawarkan rangkaian perkhidmatan yang mampu milik, berkesan, menyeluruh demi memenuhi tuntutan hasrat pelanggan selaras dengan perundangan dan syarak.

 

“Wariskan Dunia Demi Akhirat”

 

mypusaka.info 2017-2018 © Hak Milik Pusaka KUDS Sdn Bhd (1209701 A)