KETUA PERUNDING KANAN

hajjah_faridah-muhammad-yazid.png

Hajjah Faridah Muhammad Yazid

Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ukur Bahan dari
Liverpool University, United Kingdom.

Berkhidmat selama 9 tahun (dari tahun 1988 hingga ke 1997) sebagai Juru Ukur Bahan di beberapa firma antaranya EC Harris & Partners (Manchester), Zakaria, Lee & Partners (Kuala Lumpur), JB Bergabung dan Pulai Springs Resort Berhad (Johor Bahru).

Seterusnya menceburi dunia keusahawanan pada 1998 sebagai Pengarah di Laduni Emas Jaya Sdn Bhd, sebuah firma penerbitan buku dan latihan. Beliau juga merupakan Pengarah Eksekutif kepada Gemilang Zamrud Sdn Bhd dan FT Ilham Resources yang khusus dalam perkhidmatan penyediaan makanan, khidmat kawalan keselamatan dan pembekalan mesin perawatan dokumen untuk syarikat korporat dan agensi-agensi kerajaan.

Mula menceburi bidang perancangan dan pewarisan harta dan pusaka pada 2016 di sebuah firma runding di Kuala Lumpur dan menyahut perjuangan di MyPusaka sebagai Ketua Perunding Kanan dan aktif dalam latihan dan pembangunan perunding.

mypusaka.info 2017 © Hak Milik Pusaka KUDS Sdn Bhd